best blogger tipsGet Flower Effect

Tuesday 17 May 2011

'Jika seorang wanita menangis di hadapanmu'

Jika seorang wanita menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Dia akan menurunkan rasa egonya.
Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagikah yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan keranamu……
Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.
Lelaki
Fikirkanlah tentang hal itu
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah
Hanya kau yang tahu jawapannya….
Pertimbangkanlah
Kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mengatakan ‘MAAF’!!
'Hanya untuk peringatan'

Monday 2 May 2011

::: Bangi to Melaka :::

Bangi, 02/05/2011. Trip UKM Bangi to Melaka
HAHA..nie nak cite trip aku dan kawanku ke Melaka.
1. Dah la tak tau jalan, pakai redah jerk.
2. Aku rase macam tengah bermimpi

MELAKA TRIP - A FAMOSA
Aku dan Kawan. Nie semua plan kawan aku 2 orang nie la, aku jadi kak sanggup jerk
( I follow mereka )..hahah..
Ingatkan mereka main-main jerk, aku pun tak caye la kn....tup-tup, aq dah ade dalam kereta wei...Ngeeeee><
Tapi tak pe la kan, best gak pergi saner walaupun first time..( jangan nak kata aku nie JAKUN ea)...hehe

0n Highway
Berlepas seawal 9.30 am kot, sampai jam 11 ke 12 lebih macam tu la....lupe la, banyak makan semut kot..hihi
Sebenarnya boleh jerk sampai awal, disebabkan DRIVER kami tu EXPERT la kan.(tangan di dada, mata pandang ke atas)....hahaha
so, terlepas la highway Melaka, terpakse la masuk ikot highway Lankin....ehh..jap..lupe lagi la, tak tau ikot jalan maner....sory banyak makan semut mati kot...kahkah.

Menara Taming Sari
Dah sampai ape lagi, snap-snap time la...heheh.
Isshhh...ramai orang, parking full kot, tau la hari cuti sempena HARI BURUH..
kalau ye pun tinggalkan la satu tempat parking untuk kereta kami...heheh
Masa nie tengah panas-panas terik pun kami snap gak ( tak nak membazir mase-nak cukupkn 600         piture )....ayat sape pun aku tak tau la...hahah
Lepas tu pergi makan MCD si0tttttttt....pehhhh..ade orang belanja pulak tu kan,...>____<

A Famosa
Dah kenyang ape lagi, round the world la.....jalan sakan dekat A Famosa tu, snap jerk lebih sebenarnya....
Terasa macam tengah pergi photoshooting pun adew...ngeh3..
Semua dah naik, kereta lembu, unta, gajah, singa, harimau semua dah naik...wakaka
BERGAMBAR sakan dekat sinie...malas nak cerita banyak...huhu

Melaka to UKM Bangi trip
Haaa...masa nie la yang aku nak cerita...gilew lawak + erkkkkk..
Nie nak cerita pasal si DRIVER, ikut highway dah betol dah memula, lepas tu boleh la kan, die masuk highway/tol RAWANG..lepas tu dengan penuh konfident die kate :
DRIVER : Nie dekat Kajang kan.
MINAH : Rawang la wei...ngigau kew...hahah
LOLA : wakakakaak..(tukang gelak lebih)..
Sambung cerita ea..last-last masuk highway balik sebab nak pergi Kajang..aduuuhhh..
Aku rase kalau aku balik Batu Pahat (rumah aku) dah sampai dah kot...heheh
Yang lawaknya-boley pulak si DRIVER tu kate : Aku saje jerk masuk Rawang sebab nak cukupkan 2 mahalah ( nak buat sembahyang  jamak la katekan )...boleh pulak la kan...hihihi
Nie lagi satu yang aku tak tahan :
Aku rase macam hape tah, nyawa 50 50, nyawe aku macam dekat hujung tanduk buaya dah wei...
eh...buaya ade tanduk kew...hahahah...
Nie semua di sebabkan kami lalu jalan Bangi lame la, macam @#$%&***** la jalan tu..demmmmm..
Siyez jalan tu memang erkkkkkk,grrrrrrr.. kalau siang ok lagi rasenya, tapi kami sampai malam sikit sebab si DRIVER yang agak EXPERT tu la...hahah
Duduk sit belakang, aku rasa macam nak tercabut punggung aku nie, dah la jalan koner-koner + lampu kereta nak pasang yang high punyer...bile ade selekoh jerk aku mengucap + selawat banyak-banyak wei...wawawa
Ade lagi tau..aku dah nampak dah signboard BONGGOL, aku ingat la si DRIVER tu nampak (tak tau la kalau mase die ambik lesen dulu pengajar die ajor yang tu signboard nasi lemak di hadapan)...hahaha
Laju jerk bawak, ingat dekat Litar Sepang kew pew...aku sampai nak terkeluar dari bumbung kereta lau nak tau....wawa
Tapi Syukur Alhamdullilah la kami sampai UKM dengan selamatnya setelah mengharungi jalan yang Errrrrrrr..

kami
welcome-welcome

Penggunjung dari Kawasaki

Nie bas ye
Nie unta tau

nie tah la
A Famosa
Kapal yang tak layar-layar